Monday, December 7, 2009

maternity dress (Baju mengandung)


projek terbaru, baju mengandung smocking. Diilhamkan oleh ibu2 mengandung yg selalu komplen susah nak cari baju mengandung tangan panjang. Jadi aku reka satu maternity dress tangan panjang yg ade smocking. ni belum jahit. saje buat gimik je nih..



ape2 hal kene buat pleating dulu. lepas tu smocking . nanti dah ade hasil aku update gambo ye.

smocking dress (flower girl)


belen kain cotton aritu dah dimanfaatkan jadi baju. cukup2 je. tapi tangan pendek le. pattern flower girl.

Wednesday, December 2, 2009

tudung bawal sulam tangan





tudung bawal sulam tangan yg ni dah lama bumblebee buat. tapi tak sempat siapkan sepenuhnye sebab macam2 projek jahit jalan sekali. Ikut mood jugak menjahit ni. boring buat smocking, tukar jahit baju kurung/blouse. tak pon knitting (yg dua jarum, satu jarum tak minat). kalau boring duk terperap kat rumah, bumblebee gi mancing. he..he..

quilt cover





quilt cover yg bumblebee buat tak lama dulu.memang favourite bumblebee la mood cottage ni dan guna pin wheel design. simple jer tapi bila dah siap memang cantik(puji diri sendiri..he..he..) satu set dengan bantal dan kusyen kecil sebijik. tapi takde dalam gambar. total days, 16 hari diambil untuk buat quilt sahaja. tu sambil2 je.kalau tekun, mungkin 10 hari dah siap. sarung bantal tu setengah hari je dah siap.

smocking blouse (adult)


dah lama tak buat smocking dress untuk orang dewasa. masa raya haji hari tu, bumblebee start projek smocking dress adult pulak.


kain bunga2 ni dah lama sangat diperam.biasa la, bila jumpa kain cotton yg cantik2 beli dulu baru fikir ape nak buat keh..keh..OK,bila dah siap smocking,proses jahit memang laju je.



dah sambung tangan... nanti saya update bia dah siap sepenuhnye.



Siap jugak.Entah kenape, lepas raya ni jadi makin malas pulak.lepas seminggu baru la baju ni saya siapkan..

Saturday, November 28, 2009

kain cotton...

masa orang sibuk dengan persiapan akhir Aidil Adha, bumblebee sibuk gi shopping fabrik (cotton) untuk siapkan smocking kit. baru pagi tadi sempat ambik gambo.
Stock permulaan untuk bumblebee.



walaupon tak banyak pilihan tetapi ade yg dah booking dulu dan ade yg dah bawak balik untuk prepare nak buat bishop dress. Rasa bersemangat pulak bila yg nak belajar pon semangat sama. support each other kata orang putih. dalam seminggu dua ni saya update tarikh dan tempat kelas yg akan diadakan.

ketupat raya

dalam sibuk2 shopping untuk persediaan smocking kit yg akan dilancarkan nanti, sempat jugak bumblebee anyam ketupat untuk juadah pagi raya. Tak banyak ketupatnye. 12 biji ketupat palas dan 15 biji ketupat nasi. Lepaslah perut sendiri dan dapat jugak hantar pada jiran2 yg tak balik raya ke kampung.




Friday, November 20, 2009

bishop smocking dress



macam ni lah rupanye bishop dress yang dah siap pleating. lepas dah siap pleating, bolehlah start jahit smocking.




jahtan smocking ni tak susah. cuma kene tekun je.Untuk siapkan smocking untuk sehelai bishop dress ni, makan masa satu hari (full).



dah siap! rasa puas hati bila dah nampak hasilnye...




bila dah siap smocking, tambahkan ribbon embroidery sikit2. bagi nampak sweet. kalau tak nak guna RE, boleh juga gunakan bullion knots untuk tambah bunga2 pada smocking dress tu.




disebabkan takde model, saya guna kusyen merah dan sumbat dalam baju tu. nak amik gambo punye pasal.




Finally.. siap pon...! Insya'allah, akan menyusul needle work yg lain pulak.

smocking dress




the flower girl....