Wednesday, July 14, 2010

ni saye punye!!

Lama dah tak menulis. Sebenarnye takde ape nak cerita. Kebelakangan ni sibuk dengan office job je. Menghadap lap top sampai lebam. Aktiviti menjahit pon memang kurang sangat. sekadar tampal jeans koyak je.

Tapi hari ni ade tetamu dari Cyberjaya, Ina. Geng kutu NV10. Dia dengan rajinnye datang jejauh nak collect mesin jait barunye. Harap2 dapat le buat baju raya sendiri tahun ni dalam 8 pasang he..he..




Datang dengan wormcute, Geng kutu NV10 jugak. wormcute dah dapat mesin jahit Nv10 bulan Mei 2010.

Friday, May 28, 2010

D.I.Y - sarung lengan

D.I.Y SARUNG LENGAN - Sebenarnye bende ni eksperimen je. Sarung lengan yg ade kat pasaran kebanyakkannye yg agak ketat dari fabric elastik nipis, aku tak berape berkenan bab tu. Sebabnye lepas beberapa kali pakai dia dah mula berbulu, nampak tak comey.So ni cara aku buat sarung lengan sendiri.

BAHAN YG DIPERLUKAN (macam buat kuih pulak..)
- 0.5 meter kain jenis jojo (jojet)
- 0.5 meter getah saiz 1/2"
- benang getah brand carnation
- benang yg sama warna dng fabrik
- alat jahitan asas


CARA NAK BUAT (senang je)
- lipat 4 kain jojo supaya menjadi 11 inci lebar (panjang masih 0.5meter). kalau ade tpola tangan baju yg lama2 boleh digunakan sebagai guide,kalau takde pon takde. tandakan 1.5" pada hujung lengan-bahagian pergelangan tangan untuk basi jahitan.

bagi yg takde pola tangan, pada lebar kain tandakan 1.5" di kedua2 hujung (bahagian pangkal lengan dan pergelangan tangan). ukur (25cm)dari pergelangan tangan dan tandakan 2.5" pada lebar kain. gunakan pembaris lengkung untuk buat garisan membentuk
lengan. hasilnye kain akan jadi jauh lebih besar dari saiz baju.



jahitkan bahagian pergelangan tangan macam ni.(buat lipatan sekecil yg boleh)


isikan bobbin dengan benang getah (tak perlu banyak) benang atas gunakan benang biasa yg sama kaler.jahit lurus pada pergelangan tangan dengan jarak 1/2" antara 1 sama lain. jahitan pertama, ikut garis yg kita tanda mula2 pada pergelangan tangan tu. Biasanya bila guna benang getah, bahagian bobbin akan berbunyi agak kuat. jangan risau. memang dia akan bunyi macam tu.


hasilnye akan jadi camni.


cantumkan panjang sarung lengan dengan jahitan lurus. ukur lilit lengan kite dan tambahkan 1cm pada getah yg 1/2" lebar. jahitkan bagi jadi bulat macam kat bawah ni.


jahit camni.


dah siap


takde model, so aku pakai sendiri, amik gambo sendiri.. comey tak..???

Thursday, May 20, 2010

KELAS JAHITAN - KEBAYA

ASSALAMMUALAIKUM....!!! Ape khabar semua? terima kasih byk2 sudi jenguk2 blog ni. Saya sendiri lama tak jenguk blog ni. Jadual keje agak padat dengan kelas jait yg dah start sejak 2 bulan ni. Penat tapi seronok tengok perkembangan 'murid2' sejak datang sampai la dah pandai jait baju sendiri. Ni ade selai dua gambo yg sempat saya amik. yg lain tu banyak terlupa nak amik gambo.

jait baju kebaya ye kak long...







KELAS BAJU KURUNG



Sunday, April 18, 2010

QUILT ANNA

PROJEK BABY QUILT ANAK KAMBING.

Akhirnye dapat jugak jumpa Anna.Lemah lembut dan pendiam orangnye, tapi memang rajin dan tekun. Dari pagi menjahit quilt sampai ke petang. siap jugak akhirnye.Mintak maaf kat Anna, sebab masa last sekali jahit finishing bucu tu ade silap sikit. Harap Anna dah betulkan dan tak marah :p



Tuesday, March 30, 2010

sewing machine 2160

mencari geng untuk mulakan kutu mesin jahit
geng 1 : mesin jahit LS 2160
tempoh : 4 bulan
bayaran : LS2160 --> RM 137.50 X 4 bulan (total RM550)
anak2 kutu : 4 orang setiap geng
note: tambahan RM20 untuk penghantaran (pos daftar)


details untuk produk ni tak jelas. sila klik link untuk full details.
http://www.brother.com.my/my/productDetail.asp?model=LS-2160&Rnum=30231641


sewing machine XL5700 & INNOVIS 10

mencari geng untuk mulakan kutu mesin jahit
geng 2 : mesin jahit XL 5700 atau innovis 10
tempoh : 6 bulan
bayaran : INNOVIS 10-->RM183.15 X 6 bulan (total RM1099)
bayaran : XL5700 --> RM 153.30 X 6 bulan (total RM950)
anak2 kutu : 6 orang setiap geng
note: tambahan RM20 untuk penghantaran (pos daftar)



details untuk produk ni tak jelas. sila klik link untuk full details.
http://www.brother.com.my/my/productDetail.asp?model=XL-5700&Rnum=30231624#






Kutu Mesin Jahit Brother Starting APRIL 2010 - jom letak nama

mencari geng untuk mulakan kutu mesin jahit/overlock brother.
geng 3 : mesin jahit tepi (overlock) 3034D atau innovis 30
tempoh : 6 bulan
bayaran : RM216.50 sebulan X 6 bulan (total RM1299)
anak2 kutu : 6 orang setiap geng
note: tambahan RM20 untuk penghantaran (pos daftar)

full details:
http://www.brother.com.my/my/productDetail.asp?model=M3034D&Rnum=3023291
http://www.brother.com.my/my/productDetail.asp?model=NV-30&Rnum=30232936








Sunday, January 24, 2010

sling bag



macam biasa, aku tak suke simpan kain2 lebih dari project terdahulu. bukan ape, rumah aku ni kecik je. kalo simpan kain2 tu,penuh la rumah aku ni. aku ingat lagi, masa aku ngemas bilik jait mak aku, aku jumpa perca kain yg mak guna buat baju aku masa tadika dulu.
belen kain dari wall deco purlpe tu aku buat sling bag. siap dengan poket sekali. aku dah melaram dengan beg tu,bawak pegi ngaji. he..he..

blouse baru, murah je!!



Tada...!! cantik tak? he..he.. aku beli kain ni kat tewah.kat longgok kain2 lebih. yg purple corak tu 1.2m = RM2.60 dan satin tu 2m = RM4.60! sepatutnye rege satin tu je dah RM18/m tp sebab kain2 belen(bah.last dalam 1 gulung kain,dan dah tak dapat nak buat sepasang baju=4m) dapat le murah2. dapat la aku pakai baju baru ke kelas ngaji aku. alhamdulillah!

aku namakan "BLANKY"

BABY QUILT yg tertangguh sebab batting habis dah pon aku siapkan.aku namakan BLANKY. kejap je aku siapkan quilt ni.quilting nye pon lurus2 je.lepas tu aku tambah felt kaler shocking pink. naik sikit seri blanky aku tu.aku guna blanket stitch utk tampal felt tu.


ikan tu akhirnye...

Balik dari dam semenyih dengan 1 ekor ikan talapia saiz sedap diletak atas pinggan. walaupon biasanya aku amalkan catch&release, kali ni sebab tempat baru, saja aku bawak balik seko. nak rasa ikan dari kolam sukida.

Monday, January 18, 2010

Kolam pancing Sukida

Dari Dam Semenyih, tak la jauh sangat Kolam Pancing Sukida ni. Dah lama teringin nak mancing kat situ, akhirnye tercapai jugak angan2 nak ke sana. Memang cantik tempatnye. Kemudahan restoran,surau,tandas disediakan.sesuai untuk bawa family beriadah hujung minggu. untuk angler pulak bayaran hanya RM10. pancinglah sampai lebam.ikan2 yg nak bawak balik, kene timbang.
ada 3 kolam utama. yg ni airnye gelap. potensi toman dan haruan.

wakaf tempat lepak dan memancing. boleh tengok kuda padi jugak.



stike pertama kat sukida. talapia. mentang2 la perempuan, dapat talapia je.. he..he..


lepas tu talapia lagi.. lepas tu talapia.. talapia..dan talapia


sampai ke malam pon talapia jugak. bukan takde ikan lain. patin, pacu, toman dan lain. tapi dah rezeki hari tu cuma talapia je. jeles jugak nengok sorang tu naikkan pacu beso dulang. takpelah, tu rezeki dia.

dam semenyih

Sabtu 16 January,pertama kali sampai ke Dam Semenyih. Cantik betul view nye. dari tepi jalan dah terbayang ikan beso2 kat situ.
tujuan asal perjalan ni sebenarnya nak ke kolam pancing sukida. Asyik dengar cerita je, teringin jugak nak jejak kaki ke sana.



.

Wednesday, January 13, 2010

wall deco pulak...



wall deco la pulak! Aku tak sempat nak amik gambo masa proses buat patchwork ni. finished size utk quilt ni 45"x45" je. Macam table runner aku tu, dia ni pon kene tunggu batting sampai, baru dapat disiapkan. nanti aku upload gambo latest kemudian ye.

table runner

masa jumpa kain ni, memang dah terus terpikat dengan kaler dia.Aku terus beli dengan tak fikir panjang lg. sudahnya,2 minggu berturut2 aku termenung tatau ape nak buat dengan kain ni. tp hati aku dah membuak2 nak menjahit.macam2 bende/design dalam kepala ni. at last aku decide buat ....



TABLE RUNNER!!! tapi jadi wall deco kejap sampai batting yg aku order tu belum sampai.


details..


ade banyak lagi balance dari kain ni. tunggu je ape kesudahan kain ni..

Saturday, January 9, 2010

D.I.Y : Wedding Album

DIY wedding album ni aku buat untuk seorang kawan yg baru melansungkan majlis kahwin. Sedihnye tak dapat nak rasa nasi minyak dia. Aku nak kongsikan cara buatnye.bahan2 yg diperlukan:

1. span nipis
2. kain satin
3. ribbon (size 5mm,7mm)
4. sewing notions
5. album gambar


ambil ukuran album, pastikan jarak antara kulit depan dengan belakang.Span diletakkan dengan jarak spacing mengikut lebar tulang album.pinkan kemas2.


mulakan quilting dari tengah span menghala ke luar. gunakan free motion foot untuk buat stipling.


bila dah siap quilting, draw bentuk/corak yg dikehendaki dengan air erasable pen.aku pilih heart shape sebab nak hadiahkan ke pengantin baru.. boleh le start buat RE.


Hasilnye... Bunga rose aku udus giler. ape nak buat, jarum RE takde. Hentam je la mana yg boleh..